Satu Permulaan Baru

hidup di perantauan memang ada banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi. sebagai mahasiswa, memang susah nak dipisahkan dgn shopping.  shopping boleh didefinasikan sebagai salah satu aktiviti di mana duit kita dicuri oleh pihak berkuasa di kedai-kedai yang anda singgahi. bahaya. sungguh bahaya.

tapi ada juga yang di luar sana tidak mendapat meluang pun untuk menjejakkan kaki ke negara orang. ini bukan salah mereka. bukan juga salah saya. itu bukan persoalan yang saya ingin bawa. persoalannya adalah, dapatkah kita mencari barang-barang yang betul-betul murah di Malaysia selain kedai RM2? sudah tentu tidak.

ada juga barang-barang yang telah di tiru dan dicelup oleh pihak-pihak yang sanggup mementingkan diri mereka sehingga pembeli tidak tahu barang yang dibeli itu tiruan! bukan itu sahaja. ada juga yang tidak tahu siapa diri mereka sendiri. malu. mana nak letak muka adik-adik dan hadirin sekalian?

jadi...

AYUH!

jika ada jarum yang panjang, jangan disimpan di dalam seluar. jika ada masa yang lapang, cuba beli barang buatan luar. saya sebenarnya berhajat untuk membuat penjualan barang yang mana boleh membantu pembaca-pembaca sekalian untuk merasa barangan dari UK. walau tidak merasa duduk di UK, rasalah barangan buatan UK.

saya akan membuat satu survey di mana kita akan dapat lihat di mana letaknya minat dan trend remaja-remaja sekarang. anda boleh menempah jersiy-jersiy kelab bola sepak, minyak wangi, baju-baju yang mengikut trend seperti TOPMAN, SUPERDRY, ZARA dan ZARATUL AIN (tidak dapat dikenalpasti kewujudan jenama ini). bagi abah-abah yang mahukan ke kerja dengan lebih bergaya, cubalah kasut-kasut bertumit tinggi, rendah dan separa tinggi dari jenama seperti LA COSTE, CROCS, CLARKS dan kasut takraw WARRIORS.

nantikan musim pertama pembelian barang yang akan tiba!





nampak mmg mcm main-main, tp this is serious business. do tell if you got anything in mind. i'd be happy to tell whether it is available or not.

contact me at : mynameendswithadot@gmail.com

strictly, no spamming please.



1 comment:

Anonymous said...

dh tuka jd penjual?? woa~ gudluck, gudluck..